Sabtu, 19 Jun 2010

FITNAH DAN ADU DOMBA

Nabi SAW bersabda bahawa membicarakan aib orang lain (ghibah) lebih hebat dosanya,daripada perbuatan zina,"Mereka (para sahabat) berkata,Mengapa dapat demikian,ya Rasullah?"Baginda SAW bersabda,Orang lelaki yang berzina lalu dia bertaubat,maka Allah akan mengampuninya.Adapun orang yang berghibah ( membicarakan aib orang lain ) tidak akan diampuni kecuali si korban penghibahan memaafkannya lebih dahulu.

Telah diriwayatkan bahawa Allah Taala telah memberika wahyu kepada Nabi Musa ,:

"Barang siapa meninggal dunia,sedangkan dia sudah bertaubat dari perbuatan ghibah,maka dia itulah orang yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan dia terus-menerus berbuat ghibah,maka itulah dia orng yang paling awal masuk neraka."

Baginda Nabi SAW ditanya mengenai ghibah,maka baginda berkata,"Engkau memperkatakan saudaramu dengan sesuatu yang dia membencinya,apabila yang engkau bicarakan itu ada padanya,maka engkau sesungguhnya telah berbuat ghibah,dan apabila yang engkau ghibahkan
itu tidak ada pada dirinya,maka engkau sesungguhnya telah berbuat kebohongan."

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ikramah,bahawa ada seorang wanita yang menemui Nabi SAW maka ketika wanita itu keluar,Siti 'Aisyah berkata,"Dia wanita yang tinggi badannya."

Baginda SAW bersabda,"Buanglah ghibah! jangan mengibahkan,"Maka Siti 'Aisyah pun membuang sepotong daging dari mulutnya.Selanjutnya Siti 'Aisyah berkata,"Saya tidak mengatakan kecuali yang ada pada dirinya."Maka baginda SAW bersabda,"Engkau telah menyebutkan apa yang tidak disukainya.

Kerana mengghibah itu adalah menyebut apa-apa yang ada pada saudaramu.dan saudaramu tidak menyukainyaAdapun apa-apa yang tidak ada pada dirinya,maka itu bohong,dan bohong (dusta) itu lebih besar dosanya daripada ghibah.


BANYAK PERKARA KITA SEDAR TAK SEDAR,
KITA TELAH PUN MENGGHIBAH SAUDARA KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan