Ahad, 13 Jun 2010

IBLIS BERDIRI DI SEBELAH KANAN KU

Abu Zakaria adalah seorang ulama zuhud.Suatu ketika,beliau telah ditimpa penyakit yang amat teruk.Semasa berada dalam keadaan nazak,Abu Zakaria didatangi para sahabat-sahabatnya.Mereka mengajar Abu Zakaria mengucap dua kalimah syahadah.

Ketika kali pertama dibisikkan kalimah syahadah,Abu Zakaria memalingkan muka daripada sahabat-sahabatnya.Sedikit pun beliau tidak mengucapkan dan mengendahkan apa yang diajarkan tadi.Kejadian ini amat mengejutkan sahabat-sahabatnya.mereka hairan kerana Abu Zakaria seorang yang sangat alim dan tekun melakukan ibadah.Mustahil orang zuhud dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada ALLAH enggan mengucapkan kalimah suci itu.Nafas Abu Zakaria semakin sesak.Mata ulama itu terpejam,keadaanya begitu nazak sekali.Melihat keadaannya yang berada diambang sukaratulmaut,para sahabat mengajar Abu Zakaria mengucap kali kedua.Sekali lagi Abu Zakaria mendiamkan diri dan memalingkan wajahnya,enggan mendengar kalimah ALLAH.Keadaan Abu Zakaria benar-benar menimbulkan rasa hairan dihati sahabat-sahabatnya.Apa yang sedang berlaku pada Abu Zakaria ketika nyawanya berada di penghujung ini?Adakah dia enggan mengakui keesaan ALLAH dan kerasulan MUHAMMAD s.a.w?

Para sahabat berasa cukup sedih tetapi mereka tetap tidak berputus asa.Sekali lagi mereka mengajar Abu Zakaria mengucap dua kalimah syahadah.Kali ini beliau bukan sekadar menunjukkan rasa benci,malah tiba-tiba berkata,"Aku tidak akan mengucapkan itu"para sahabat menjadi semakin terkejut dan tergaman apabila beliau berkata begitu,
Masa berlalu,dengan izin ALLAH,keadaan Abu Zakaria pulih sediakala setelah bertarung dengan maut selama 1 jam.Nafasnya kembali teratur.Apabila dirinya tenang kembali,perlahan-lahan Abu Zakaria membuka mata dan bertanya kepada sahabat-sahabatnya."Adakah kalian telah berkata sesuatu kepadaku?"Ya,kami telah mengajar kamu mengucap kalimah syahadah sebanyak tiga kali,tetapi kamu memalingkan mukamu sebanyak dua kali,dan untuk kali ketiga,kamu mengatakan kamu tidak akan mengucapkannya"jawap salah seorang sahabat.Kenapa kamu berkata sedemikian wahai Abu Zakaria?

Abu Zakaria termenung seketika apabila mendegarnya.Kemudian beliau memberitahu kepada sahabat beliau."Sebenarnya ketika aku nazak sebentar tadi,iblis telah datang kepadaku dengan membawa semangkuk air."iblis berdiri di sebelah kananku sambil mengujukkan mangkuk air itu dan berkata,'Apakah engkau memerlukan air?jika engkau mahukan air ini,katakanlah bahawa isa itu anak ALLAH,"Lalu aku memalingkan mukaku dan iblis sekali lagi mengulangi permintaannya.Sekali lagi aku memalingkan mukaku.Untuk kali ketiga ,iblis berkata,'Katakanlah ,tidak ada tuhan.Maka aku menjawap dengan ucapan 'TIDAK' Aku tidak akan mengucapkan itu'Setelah itu,iblis membalingkan mangkuk air itu ke lantai lalu berlari meninggalkan aku.Sebenarnya aku menolak kepada iblis bukan kepada kalian semua,Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAHdan NABI MUHAMMAD itu pesuruh-Nya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan