Sabtu, 15 Januari 2011

Pedoman: Golongan cerdik lekas beramal, taubat

DIRIWAYATKAN oleh Imam Tarmidzi, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang cerdik adalah mereka yang menghitung amalan diri sendiri dan melakukan setiap sesuatu untuk selepas matinya. Manakala orang yang cuai pula adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya tetapi pada masa sama, mengharapkan pelbagai anugerah daripada Allah SWT.”
Sebagaimana dinyatakan hadis ini, diketahui bahawa antara ciri orang cerdik adalah mereka sedar mengenai matlamat hidup di dunia dengan sentiasa bermuhasabah diri dan melihat kekurangan, seterusnya bertindak mengatasi kekurangan itu.

Bagi orang yang cuai pula, mereka sebenarnya tergolong dalam kumpulan yang kufur kepada nikmat yang Allah SWT berikan. Malah, kekufuran dirinya boleh dilihat apabila melakukan dosa, mereka tetap inginkan Rahmat dan petunjuk daripada Allah tanpa mahu memperbetulkan diri.
Rasulullah SAW pernah bersabda, dua ciri utama orang yang cuai adalah mereka sentiasa mengikut hawa nafsu dan apabila setiap kali melakukan kemungkaran itu juga, dia akan mengingati Allah tetapi tidak mahu meninggalkan kemungkaran itu, sebaliknya berharap mereka mendapat petunjuk satu hari nanti.

Sebenarnya, dalam tidak sedar, ramai umat Islam melakukan kemungkaran sama ada sengaja atau tidak, khususnya dalam mengerjakan tuntutan Rukun Islam, paling ketara dalam menunaikan solat lima waktu.

Ramai yang lalai akibat terlalu mengejar masa dalam kehidupan dan pekerjaan, sedangkan masa yang perlu dikejar itu sepatutnya diisi dengan amalan kepada Allah SWT.
Begitu ramai yang tidak menyedari, sebenarnya mereka dilalaikan dengan 
kehidupan dunia, dilalaikan oleh hawa nafsu dan hasutan serta 
bisikan syaitan yang sememangnya meminta manusia melambatkan
 dalam mengerjakan amalan, seterusnya meninggalkan amalan berkenaan.

Malah, lebih teruk lagi, ada yang sanggup melambatkan waktu taubat 

mereka sedangkan pada waktu itu mereka menyedari melakukan kesalahan.

Allah SWT menerusi surah Az-Zumar, ayat 53 dan 54 berfirman, bahawasanya:
 Katakanlah: “Hai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka 
sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah.


 Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya 
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah 
kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum 
datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” 
Menerusi firman Allah ini, dapat disimpulkan,
 orang yang cerdik apabila melakukan kesalahan dan sedar mengenainya, mereka 
akan segera melakukan taubat.

Di dalam Islam, kita diajar mengatur kehidupan di dunia supaya dapat 

memberikan pulangan dan manfaat maksimum di dunia serta akhirat.
Orang yang sentiasa merancang akan sedar betapa berharganya masa.
 Setiap jam,setiap minit berharga bagi mereka. Kerana masa yang
 pergi tidak akan kembali.
Masa untuk dirinya digunakan untuk bekerja mencari nafkah, 
menuntut ilmu untuk
 memajukan diri, berehat, tidur, makan dan minum. Masa untuk keluarganya
 digunakan sebaik- baiknya untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, dan
 membantu ahli keluarga.

Masa untuk masyarakatnya digunakan untuk menolong mereka yang susah,

 menaikkan taraf dan kedudukan masyarakat dan negara.
Dan akhirnya, apabila tiba masa untuk amalan kepada Allah SWT, tidak akan 
disia-siakan mahupun melambatkan setiap suruhan yang wajib dilaksanakan.
Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri dan mengelak menjadi lalai dan
 sama-sama mendapat Rahmat dan keredaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat.

Isnin, 10 Januari 2011

Terlalu luas bukti kekuasaan Allah

SURAH ini termasuk surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 15 ayat. Turunnya selepas Surah al-Qadr. Hubungan ini dengan Surah al-Balad yang sebelumnya adalah:
i. Allah SWT mengakhiri Surah al-Balad dengan menerangkan golongan kaum kanan dan golongan kaum kiri (Ashabul Maymanah dan Ashabil Mash'amah), kedua-dua golongan itu diulang semula dalam ayat kesembilan dan ke-10.
ii. Allah SWT juga mengakhiri Surah al-Balad dengan menerangkan tingkah laku orang kafir di akhirat. Sedangkan dalam surah ini Dia mengakhiri dengan menerangkan tentang tingkah laku mereka di dunia.
Firman Allah SWT: Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang,
Ibnu Jarir berkata: Yang benar adalah dengan menyatakan "Allah bersumpah dengan matahari dan siangnya," kerana sinaran matahari yang paling jelas adalah pada waktu siang. Ibnu Jauzi pula mengemukakan tiga pendapat berkenaan dengan maksud dhuha.
nCahayanya. Inilah pendapat Mujahid.
nSiang hari keseluruhannya. Inilah pendapat Qatadah dan Ibn Qutaibah.
nKepanasannya. Inilah pendapat al-Suddi.
Firman Allah SWT: Dan bulan apabila ia mengiringinya.
Qatadah berkata: Iaitu jika mengikutinya pada malam bulan purnama, jika matahari tenggelam maka rembulan akan muncul.
Ibn Zaid menyatakan: Bulan purnama berlaku pada pertengahan pertama setiap bulan. Kemudian matahari mengikutnya, di mana bulan mendahuluinya pada pertengahan terakhir setiap bulan.
Firman Allah SWT: Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan siang yang menampakkan matahari dengan jelas dan bersinar penuh. Manakala siang semakin terang, semakin sempurna sinar matahari, walaupun siang itu sendiri berasal daripada matahari. Tuhan bersumpah dengan benda-benda tersebut sebagai petunjuk betapa pentingnya masalah cahaya dan besarnya kenikmatan yang terdapat di dalamnya. Di samping untuk menarik perhatian kita bahawa benda-benda tersebut termasuk bukti kekuasaan dan kenikmatan Allah yang besar.
Firman Allah SWT Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap-gelita).
Al-Maraghi berkata: Ayat ini mengandungi petunjuk bahawa malam menutup planet yang besar (matahari), lalu memudarkan cahayanya dan mengubah alam yang cerah menjadi gelap walaupun manfaat matahari itu begitu besar tetapi tetap tidak layak dijadikan Tuhan. Ini kerana, Tuhan yang sebenarnya tidak berubah, musnah atau ditimpa oleh sesuatu perubahan.
Firman Allah SWT: Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaan-Nya).
Al-Maraghi berkata: Langit disebutkan dengan perkataan bangunan untuk menyatakan adanya unsur-unsur yang menunjang dan menyempurnakannya menuju sesuatu ketetapan yang tinggi dan kekuasaan Allah SWT yang sempurna, bahawa langit itu pasti ada pencipta-Nya yang bijaksana yang meneguhkan letak bangunan ini dan mengaturnya serba rapi.
Dia telah mengikat bintang-bintang di langit dengan daya kekuatan saling tarik menarik, seperti suatu bangunan sehingga jadilah bangunan yang teguh.
Firman Allah SWT: Serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhluk-Nya).
Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan bumi yang terhampar untuk dijadikan tempat tinggal dan menjadikan manusia dapat mengambil manfaat daripada permukaannya seperti tumbuhan, serta haiwan-haiwan. Begitu juga dapat mengambil manfaat daripada perut bumi seperti segala jenis galian dan mineral.

Rabu, 5 Januari 2011

KISAH AMIR DAN MATI SYAHID

PADA zaman Rasulullah SAW, hidup seorang lelaki bernama Amir bin Jamuh. Kakinya tempang, namun Amir bertekad untuk ikut bertempur dalam Perang Uhud.
Beberapa sahabat menghalangnya kerana menganggap Amir tidak sesuai memandangkan dia tempang, namun Amir yang disokong oleh isterinya tetap bertekad untuk berbuat demikian demi membela agama Allah.
"Aku tidak percaya mereka telah melarangmu untuk ikut dalam pertempuran itu," kata isteri Amir.
Mendengar kata-kata itu, Amir menghunus pedang dan berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku".
Amir kemudiannya menemui Rasulullah SAW dan menyakinkan baginda untuk membenarkannya menyertai tentera muslimin.
Rasulullah SAW meminta Amir agar tidak ikut berperang. Namun, Amir terus mendesak dan akhirnya Rasulullah pun mengizinkannya.
Di medan pertempuran, Amir berteriak, "Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga".
Amir akhirnya gugur syahid di medan pertempuran. Setelah mendengar berita kematian suaminya, isteri Amir segera membawa seekor unta untuk membawa pulang jenazahnya.
Ketika jenazah Amir diletakkan di atas unta, haiwan itu tidak mahu berdiri. Pelbagai usaha dilakukan olehnya namun unta itu tetap tidak mahu berjalan, sebaliknya asyik memandang Uhud.
Ketika Rasulullah SAW mengetahui berita itu, baginda bersabda, "Sesungguhnya, unta itu telah diperintahkan untuk berlaku demikian. Adakah Amir berkata sesuatu semasa dia mahu meninggalkan rumahnya?"
Isterinya memberitahu sebelum meninggalkan rumah untuk bertempur di medan perang, Amir mengadap kiblat sambil berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku". Itulah sebabnya, kata Rasulullah, unta itu tidak mahu pulang.
Kisah yang tercantum dalam kitab Himpunan Fadilah Amal karya Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi itu menggambarkan keberanian dan kepahlawanan orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka hanya berharap menjadi pahlawan yang gugur syahid di sisi-Nya.
Dalam surah ali-'Imran ayat 169-170, disebutkan bahawa orang yang gugur di jalan Allah sebenarnya tidak mati, tetapi hidup di sisi Allah SWT.
Mereka yang gugur di jalan Allah SWT benar-benar hidup di alam lain, ini berbeza dengan alam kita.
Di alam sana, mereka juga mendapat rezeki daripada Allah yang sesuai dengan kehidupan alam barzakh. Maka itu, mereka bergembira kerana berada dalam kehidupan yang sebenarnya di sisi Allah.

Sabtu, 1 Januari 2011

Menuju Islam inklusif

Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.

SYARAT pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. - Gambar hiasan


Para pemimpin Islam sering menyatakan bahawa Islam adalah agama toleran, yang menghormati dan menghargai agama-agama lain. Begitu juga pemimpin agama lain turut menyatakan hal yang sama bahawa agama mereka juga mempunyai sikap toleran yang tinggi. Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat manusia sama ada konflik etnik, konflik politik-sosial-ekonomi dan keganasan global sering terjadi atas nama agama. Misalnya, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah ajaran agama-agama itu menuntut sikap dan tindakan sedemikian rupa daripada penganutnya? Apakah penghayatan agama yang mendalam akan melahirkan tindakan keras daripada penganutnya? Tentu sekali jawapannya tidak! Namun, realiti menunjukkan kekerasan sering berlaku atas nama agama sehingga melahirkan sikap eksklusif atau satu sikap bahawa hanya agama aku yang benar atau jaminan keselamatan hanya diperoleh dalam agamanya. Maka, akan ditafsirkan berbagai ayat-ayat suci untuk mengabsahkan tuntutan kebenaran itu.
Seorang pemikir Islam tersohor Indonesia, Nurcholis Madjid dalam bukunya, Dialog Keterbukaan, menjelaskan bahawa daripada sudut ajaran Islam, kerukunan umat beragama merupakan akibat wajar daripada sistem keimanannya. Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan oleh Allah untuk menegaskan bahawa beliau bukan pertama dalam kalangan utusan Allah (dalam Surah al-Ahqaf, ayat 46). Juga ditegaskan bahawa Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, yang sebelumnya telah datang rasul-rasul lain (dalam Surah Ali Imran, ayat 144). Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menegaskan bahawa agama para rasul itu semuanya adalah satu dan sama, sekali pun syariatnya berbeza-beza.
Kesatuan agama para nabi dan rasul itu, sebagaimana disebut dalam al-Quran, adalah kerana semuanya berasal daripada pesanan satu ajaran Allah (dalam Surah Ass Syuura, ayat 13). Jadi, sudah seharusnya kita menghormati 'keberadaan' agama-agama itu tanpa membeza-bezakannya. Justeru, perasaan berat untuk bersatu dalam agama itu disebutkan sebagai sikap kaum musyrik, penyembah berhala (kaum Pagan). Sedangkan perbezaan antara berbagai agama itu hanyalah dalam bentuk jalan (syariah) dan cara (minhaj) menempuh jalan itu. Perbezaan tersebut hendaknya tidak menjadi halangan, tetapi menjadi satu motivasi untuk berlumba-lumba menuju kebaikan. Manusia tidak perlu mempersoalkan perbezaan itu, sebab kelak di hari kemudian, Allah akan menjelaskan tentang semua itu (dalam Surah al-Maaidah, ayat 48).
Kalaulah ini seruan universal al-Quran, mengapa penafsiran agama itu harus bersifat begitu dogmatik dan doktrin atau ia dikatakan menyangkut hal-hal akidah sehingga tidak lagi perlu dibicarakan dan sehingga terkesan teologi dan agama sebagai sesuatu yang tertutup dan eksklusif. Memang, dalam sejarah telah lama berkembang doktrin mengenai eksklusif agama sendiri bahawa 'agama sayalah yang paling benar', agama lain sesat dan menyesatkan. Pandangan semacam itu masih sangat kental, bahkan sampai sekarang, seperti termuat dalam buku-buku polemik dan juga buku ilmiah.
Rumusan daripada seorang pakar teologi Kristian kontemporari, Ajith Fernando, misalnya, menarik untuk diungkapkan. Katanya, 'other religions are false path, that mislead their followers' (Agama lain adalah jalan sesat, dan menyesatkan pengikutnya). Ungkapan Fernando itu memang sangat keras dan langsung menggambarkan segi eksklusifnya. Dan yang membimbangkan adalah kitab suci Kristian ditafsirkan seolah-olah membenarkan hal tersebut. Teologi inklusif ini, jika dibaca dari sudut pandang Kristian akan berbunyi, "Jesus adalah satu-satunya jalan yang absah untuk kebenaran dan keselamatan. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku" (Yohannes 14:6). Pandangan eksklusif seperti itu memang dilegitimasikan atau tepatnya dicarikan keabsahannya melalui kitab suci. Tetapi itu bukan satu-satunya kemungkinan. Misalnya, dalam tradisi Katolik, sejak Konsili Vatikan II (1965), sudah jelas bahawa pandangan menjadi sangat terbuka ke arah adanya kebenaran dan keselamatan dalam agama-agama bukan Kristian. Karl Rahner, seorang pakar teologi besar Kristian yang menafsirkan Konsili Vatikan II, merumuskan teologi inklusifnya yang begitu terbuka dengan mengatakan, "Other religions are implicit forms of our own religion" (Agama lain adalah bentuk-bentuk implisit daripada agama kita). Tulisan Rahner mengenai hal itu dibahas dalam bab Christianity and the non-Christian Religions dan Observations on the Problem of the Anonymous Christian dalam bukunya Theological Investigations.
Dalam pemikiran Islam, masalah itu juga terjadi secara ekspresif. Walaupun sejak awal sudah ada konsep Ahli Kitab yang memberi kedudukan kurang lebih setara kepada kelompok bukan Muslim, dan ini dibenarkan oleh al-Quran, tetapi selalu sahaja ada interpretation away, iaitu satu penafsiran yang akhirnya menafsirkan sesuatu yang tidak sesuai lagi dengan bunyi 'teksual' kitab suci, sehingga ayat inklusif dibaca secara eksklusif.
Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik. Oleh kerana itu, diperlukan satu perspektif baru untuk melihat "Apa yang difikirkan oleh suatu agama, mengenai agama lain dibandingkan dengan agama sendiri." Perspektif itu akan menentukan apakah seorang yang beragama itu menganut satu fahaman keberagamaan yang eksklusif, inklusif atau pluralis atau seorang yang terbuka?
Dalam konteks umat Islam, perlu dibangunkan sikap Islam inklusif dan bukannya Islam eksklusif. Alwi Shihab, seorang sarjana perbandingan agama di dalam bukunya bertajuk Islam Inklusif, menjelaskan bahawa Islam inklusif adalah satu sikap terbuka dalam beragama. Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati." Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat? Lantas, bagaimana pula dengan ayat al-Quran yang lain seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 85, "Barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."
Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'. Kerana itu, penafsiran ayat al-Quran tidak lain hanyalah penjelasan tentang erti atau maksud firman Allah sesuai dengan batas kemampuan yang menafsirkannya. Buktinya, para sahabat Nabi sendiri berselisih faham dalam hal-hal yang berkaitan tafsiran. Bahkan ada di antara mereka yang memahaminya secara tidak tepat. Logiklah, ketika Ibnu Abbas, seorang ulama yang dinilai paling berwibawa dalam penafsiran al-Quran, menyatakan bahawa ada beberapa ayat al-Quran yang tidak dapat difahami, sekalipun oleh ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya.
Dalam penafsiran moden menurut Alwi, ada berbagai pandangan yang menunjukkan keragaman. Misalnya, Muhammad Abduh berpendapat bahawa syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. Selanjutnya, anak muridnya, Rasyid Ridha, ikut memperkuatkan pendapat gurunya. Ridha mengakui bahawa keimanan sejati kepada Allah dapat ditemukan di luar Islam, mungkin yang ia maksudkan adalah orang-orang terdahulu yang beriman kepada Allah sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ahli tafsir Syiah tersohor, Allamh Al-Thabathabai lain pula penafsirannya. Baginya, Allah tidak memandang pada agama tertentu, tetapi yang penting adalah substance dan esensi tersurat yang terkandung dalam agama itu. Selagi tiga syarat dalam ayat (Surah al-Baqarah, ayat 62) telah dipenuhi, maka janji Tuhan itu akan terlaksana. Pandangan Thabathabai itu juga dijelaskan dalam tulisan Fazlur Rahman, pemikir Islam tersohor, yang berusaha untuk menunjukkan semangat inklusif.
Semangat dan sikap Islam inklusif amat bertepatan dengan rumusan Sidang Agama-Agama Dunia yang pernah diadakan pada 1993 dengan mengatakan, "Those who known only their own religion, know none. Those who are not decisively committed to one faith, know no others. To be religious today is to be inter-religious."
Penulis ingin menutup tulisan ini dengan kutipan daripada ajaran sufi. Para sufi tidak sahaja menegaskan kesatuan wahyu, tetapi juga menganggap diri mereka sebagai pelindung Islam dan pelindung agama-agama lain.
Akhirnya dalam semangat inklusif inilah kita menghargai perbezaan. Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.

MELIHAT DARI HATI

BANYAK PERKARA YANG TIDAK KITA KETAHUI KALAU SEKADAR HANYA MELIHAT DARI PENGLIHATAN..KERNA MATA SERINGKALI TERTIPU..
DAN KITA SERING MENDUSTA DENGAN KATA-KATA ,SEDANGKAN LIDAH TIDAK PERNAH MENIPU..KERNA LIDAH MERASA APA YANG DIRASA ( PAHIT,MASAM,MANIS dll )


KAMU DAH MELIHAT DAN MERASA..TAPI BENARKAH KAMU SUDAH MELIHAT DAN MERASA?
JIKA BENAR KAMU SUDAH MELIHAT,"MENGAPA MASIH TERGODA,JIKA KAMU SUDAH MERASA,"MENGGAPA MASIH TERKELIRU TENTANG RASA?


BENARKAN LAH DIRIMU MENCARI RAHSIA HATI..KERNA RAHSIA HATI SENTIASA MEMBANTU KAMU MENCARI KEBENARAN.JANGANLAH DI BIAR RAHSIA DIRIMU DI BELENGGU DAN DI RANTAI..SEDANGKAN RAHSIA HATI SENTIASE DI SAMPING KAMU...

BERITA DARI MASJID NABAWI

BERITA DARI MASJID NABAWI
BERITA PENTING
BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA..
"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba
sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan
Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:
1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya
2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.
3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.
Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.
"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.
Pesanan nabi:
a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.
b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.
c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.
d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.