Sabtu, 1 Jun 2013

MASA LAMPAU ATAU MASA HADAPAN

SEPANTAS MANA KITA MENGEJAR WAKTU ,MASA TETAP MENDAHULUI KITA :
TAPI KALAU KITA BIJAK MENGURUSKAN MASA .KITA AKAN DAPAT MENCIPTA SESUATU DI MASA HADAPAN :
MASA IBARAT SESUATU YANG KITA TIDAK BOLEH KITA SENTUH.TAPI MASA SENTIASA MENEMANI KITA SETIAP SAAT .RENUNUG - RENUNGKAN

Khamis, 12 Mei 2011

KISAH MURIB DAN GURU

DI SEBUAH KELAS PELAJAR-PELAJARNYA BERUMUR 9 TAHUN.


CIKGU    : MURIB-MURIB YANG CIKGU KASIHI,KAMU DATANG DATANG KE SEKOLAH DENGAN MINDA YANG SIHAT KAN?

PELAJAR : YE CIKGU.....ALHAMDULLILAH KAMI SEMUANYA SIHAT

CIKGU    : SYUKUR ALHAMDULLILAH, HARI INI CIKGU NAK TANYA KAMU,APA CITA-CITA KAMU BILA BESAR NANTI.KITA     BERMULA DARI ALI...

ALI          : CITA2 SAYA JADI DOKTOR
AHMAD : JURUTERA ( dengan banganya anak kecik ini menjawap )
SITI         : PENYANYI YANG BERJAYA CIKGU
ZAINAL   : PEGAWAI TENTERA
LIZA        : SAYA NAK JADIK USAHAWAN YANG BERJAYA
KAMAL   : PEGUAM CIKGU

CIKGU    : ADA DI ANTARA KAMU BERCITA-CITA INGIN BERJIHAD

MURIB-MURIB : TIDAK BOLEH CIKGU.NANTI JADIK SERUPA TALIBAN,ABU SAYAF,OSAMA LADEN

CIKGU   : CIKGU CUMA TERSENYUM ..............BILA KAMU BALIK KE RUMAH,TANYA SAMA AYAH DAN IBU KAMU, MAKSUD BERJIHAD?

SAUDARA,SAUDARI RASE PELAJAR- PELAJAR INI MEMPUNYAI CITA-CITA YANG HEBAT TAK ? TIDAK DI NAFIKAN,MEMANG HEBAT CITA2 PELAJAR INI.TAPI SAYANG ,TIDAK ADA SEORANG PUN MENYATAKAN CITA2 MEREKA INGIN JADI SEORANG YANG BERJIHAD DI JALAN ALLAH.....KENAPA DI KHUATIRI DENGAN PERKATAAN2 JIHAD? KITA TELAH DI UBAH PEMIKIRAN KITA DENGAN MAKSUD JIHAD,SESUATU YANG NEGATIF ( PENGANAS ).SAYA MOHON JASA IBU2 BAPAK2 AGAR MENERAPKAN JIWA ANAK2 ANDA SESUATU YANG CUKUP HEBAT,CITA2 YANG SANGAT HEBAT,MAHU JADIK SEPERTI SAHABAT2 NABI, CENDIKIAWAN ISLAM YANG TERSOHOR,DLL
SEMOGA ANAK2 ANDA BILA BESAR NANTI AKAN JADIK JURUTERA YANG BERIMAN,USAHAWAN YANG BERIMAN

http://www.bionikkay.blogspot.com/    RAHSIA DIRI

Isnin, 9 Mei 2011

Bekas paderi peluk Islam

SAAT dilahirkan 12 Febuari 1942, bayi lelaki ini diberi nama Abraham David Mandey di Menado, Indonesia. Mandey adalah nama keluarga sebagai orang Minahasa, Sulawesi Utara.
Anak bongsu daripada tiga bersaudara yang kesemuanya laki-laki. Keluarga Abraham termasuk golongan yang dipandang tinggi dan dihormati masyarakat terutamanya pihak gereja.
Bapanya adalah Bupati Sulawesi pada awal revolusi kemerdekaan Republik Indonesia, iaitu di Makasar dan ibunya pula seorang guru sekolah menengah di sebuah sekolah mubaligh milik gereja Minahasa.
"Sejak kecil saya mengagumi pahlawan-pahlawan Perang Salib seperti Richard The Lion Heart yang sangat legenda itu. Saya juga sangat kagum kepada Jeneral Napoleon Bonaparte yang gagah perwira.
"Semua cerita tentang kepahlawanan, begitu berbekas dalam diri saya sehingga saya sering berkhayal menjadi seorang tentera yang bertempur dengan gagah berani di medan perang" kata Abraham.
Diringkaskan, Abraham memulakan fasa baru kehidupan dengan membawa dirinya ke Jakarta dan mendaftarkan diri dengan Mabes Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI).
Tanpa banyak masalah, beliau lulus dan layak mengikuti pendidikan ketenteraan dan menghuni di asrama.
"Tidak banyak yang dapat saya ceritakan mengenai pendidikan ketenteraan yang saya ikuti selama dua tahun itu, kecuali disiplin ABRI dengan doktrin 'Sapta Marga' telah membentuk jiwa saya sebagai perwira remaja yang kental, berdisiplin dan bersedia melaksanakan apa juga tugas negara yang dibebankan kepada saya," katanya.
Meskipun beliau kemudiannya merupakan perwira yang bertugas di bahagian pembinaan mental, Abraham turut terlibat dalam beberapa operasi tempur.
Pada saat-saat operasi pembersihan G-30S/PKI di Jakarta misalnya, Abraham turut bergabung dalam komando yang dipimpin Kolonel Sarwo Edhie Wibowo (arwah).
Setelah situasi negara kembali pulih dengan lahirnya Orde Baru tahun 1966, Abraham ditugaskan melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Teologi (STT) milik gereja Katholik yang terletak di Jalan Proklamasi, Jakarta Pusat.
Pengajiannya berlarutan selama tujuh tahun bermula tahun 1966 sehingga 1972. Ia bagi mempelajari, mendalami, mengkaji dan diskusi tentang pelbagai hal yang diperlukan untuk Abraham menjadi seorang paderi.
Di samping belajar sejarah dan falsafah agama Kristian, di STT juga mereka mengkaji agama-agama di dunia, termasuk Islam.
Sambil tetap aktif d TNI-AD, atas arahan Gereja Protestan Indonesia, Abraham kemudiannya ditugaskan sebagai Paderi II di Gereja P di Jakarta Pusat yang berjiran dengan Masjid Sunda Kelapa untuk memimpin sekitar 8,000 jemaah (gereja) yang hampir 80 peratus mereka adalah kaum intelektual atau masyarakat elit.
"Di Gereja P ini, saya tumpahkan seluruh pengabdian sebagai 'Pelayan Firman Tuhan'. Tugas saya sebagai Pendeta II itu membolehkan saya menyampaikan khutbah, membantu mana-mana jemaah yang memerlukan bantuan atau mendapat musibah dan termasuk juga menikahkan pasangan muda-mudi yang akan berumah tangga," ujarnya.
Sekalipun bertugas sebagai paderi, namun Abraham masih kekal anggota ABRI yang ditugaskan di mana saja di wilayah nusantara malah ke luar negara.
Tugas sebagai ABRI ditambah tugas-tugas di gereja, menjadikan Abraham mempunyai jadual kesibukan yang agak luar biasa. Akibatnya, berlakulah pergeseran antara kepentingan peribadi dan kepentingan keluarga.
Isterinya yang merupakan anak perempuan kepada bekas Duta Besar Republik Indonesia di salah satu negara Eropah, sering mengeluh dan menuntut agar Abraham memberi lebih perhatian untuk rumah tangga.
"Nama sahaja wanita, umumnya lebih banyak berbicara atas dasar perasaan. Melihatkan kesibukan saya yang tidak juga berkurang menyebabkan sang isteri meminta agar saya mengundurkan diri dari tugas-tugas gereja, dengan alasan supaya lebih banyak waktu untuk keluarga.
"Tentu saja saya tidak dapat menerima usulnya itu. Sebagai seorang 'Pelayan Firman Tuhan' saya telah bersumpah bahwa kepentingan umat adalah melebihi segala-galanya," katanya.

Rumah tangga berantakan
Krisis rumahtangga yang terjadi sekitar tahun 1980 ini semakin panas dan rumahtangga mereka tidak lagi harmoni dan damai.
Yang dibimbangkan adalah satu-satunya anak perempuan mereka, Angelique yang bakal menerima kesan akibat kedua-dua orang tuanya yang berantakan.
"Namun saya bertekad membuatkan Angelique memahami posisi ayahnya sebagai paderi yang bertugas melayani umat. Syukur, dia sangat mengerti.
"Hanya Angelique, satu-satunya orang di rumah yang menyambut hangat setiap kepulangan saya," katanya.
Namun dalam kesunyian malam, saat bebas daripada tugas-tugas gereja, Abraham sering merenungkan kehidupan ramah tangganya sendiri.
"Saya sering berfikir, buat apa saya menjadi paderi kalau tidak mampu memberikan kedamaian dan kebahagiaan buat rumah tangga sendiri.
"Saya sering berkhutbah menekankan supaya setiap umat Kristian mampu memberikan kasih sayang kepada sesama umat manusia. Tetapi bagaimana dengan saya sendiri?
"Saya cuba untuk memperbaiki keadaan. Tetapi, semuanya sudah terlambat. Isteri saya benar-benar tidak dapat memahami sehingga sampai pada kesimpulan bahwa antara kami berdua sudah tidak sejalan lagi," katanya.
Ketika niat Abraham untuk 'melepaskan' isterinya diketahui oleh sahabat-sahabat terutama di kalangan paderi yang lain, mereka menyarankan agar Abraham bertindak lebih bijak.
"Mereka mengingatkan saya, bagaimana mungkin seorang paderi yang sering menikahkan orang lain, tetapi dia sendiri menceraikan isterinya? Bagaimana dengan citra seorang paderi di mata umat? Mereka mengingatkan saya.
"Apa yang mereka katakan semuanya benar. Tetapi, saya sudah tidak mampu lagi mempertahankan bahtera rumah tangga. Bagi saya yang penting saat itu bukan lagi persoalan menjaga citra paderi. Tetapi, bagaimana agar batin saya damai.
"Dengan berat hati saya terpaksa juga menceraikan isteri saya dan Angelique, satu-satunya puteri kami, memilih ikut bersama saya," katanya.
Selepas bercerai, Abraham banyak melakukan introspeksi diri. Beliau lebih banyak membaca mengenai falsafah dan agama.
Termasuk kajian tentang falsafah Islam, yang akhirnya menjadi bahan yang paling beliau sukai untuk dikaji, termasuk mengkaji pemikiran beberapa tokoh Islam yang banyak disiarkan di media massa.
Salah satunya mengenai komentar seorang tokoh ulama (almarhum) K.H. E.Z. Muttaqin terhadap krisis perang saudara di Timur Tengah, seperti di Palestin dan Lubnan.
Waktu itu, iaitu tahun 1983, ulama itu dalam khutbah Aidilfitrinya bertanyakan, mengapa Timur Tengah selalu bergolak dengan amarah dan perang, padahal di tempat itu diturunkan para nabi yang membawa agama wahyu dengan pesanan-pesanan kedamaian?
"Saya begitu tersentuh dengan ungkapan puitis kiai dari Jawa Barat itu. Sehingga, dalam salah satu khutbah saya di gereja, khutbah K.H. E.Z. Muttaqin itu saya sampaikan kepada para jemaah gereja.
"Saya dapat merasakan ada kejutan di mata para jemaah. Saya maklum mereka terkejut kerana buat pertama kali mereka mendengar khutbah seorang paderi dengan merujuk kepada seorang kiai.
"Tetapi, bagi saya itu penting, kerana pesan perdamaian yang disampaikan beliau amat manusiawi dan universal," katanya.
Sejak khutbah yang kontroversi itu, Abraham mendapat liputan meluas. Malah ada yang menggelarnya 'Paderi Mandey telah miring (sasau)'. Beliau dilihat cuba memihak kepada pihak yang salah.
"Tetapi, saya tidak peduli kerana yang saya sampaikan adalah nilai-nilai kebenaran," katanya.
Kekagumannya pada konsep perdamaian Islam yang diangkat oleh KH. E.Z. Muttaqin, semakin lebih kuat untuk menarik Abraham mendalami konsep-konsepsi Islam lainnya.
"Saya ibarat membuka pintu, lalu masuk ke dalamnya, dan setelah masuk, saya ingin masuk lagi ke pintu yang lebih dalam. Begitulah perumpamaannya. Saya semakin diheret untuk mendalami, konsepsi Islam tentang ketuhanan dan peribadatan.
"Saya begitu tertarik dengan konsep ketuhanan Islam yang disebut tauhid. Konsep itu begitu sederhana dan tuntas dalam menjelaskan kewujudan Tuhan yang oleh orang Islam disebut Allah SWT.
Begitu juga konsep ibadat Islam yang disebut syariat, Abraham melihatnya begitu teratur dan sistematik.
"Pada tahun 1982 saya benar-benar cuba mendekati Islam. Selama satu setengah tahun saya berdebat dan berdiskusi dengan K.H. Kosim Nurzeha yang juga aktif di Bintal (Pembinaan Mental) TNI-AD.
"Saya tidak mahu tergesa-gesa, kerana di samping saya seorang paderi, saya juga seorang perwira Bintal Kristian di lingkungan TNI-AD. Saya sudah dapat menduga apa yang akan terjadi jika saya masuk Islam," katanya.

Mencari kebenaran
Namun suara batin Abraham yang sedang mencari kebenaran dan kedamaian itu tidak mampu lagi terus berada dalam kebimbangan.
"Batin saya kuat mendesak agar saya segera meraih kebenaran yang sudah saya temui itu," katanya.
Akhirnya, Abraham yakin akan hikmah di sebalik tragedi rumah tangganya. Beliau yakin di sebalik perceraian itu, Tuhan ingin membimbingnya ke jalan yang lurus dan benar.
Akhirya, pada 4 Mei 1984 Abraham mengucap dua kalimah syahadat dengan bimbingan K.H. Kosim Nurzeha dan saksi Drs. Farouq Nasution di Masjid Istiqlal, Jakarta.
"Allahu Akbar! Hari itu adalah hari yang amat bersejarah dalam hidup saya kerana saat saya menemukan diri saya yang sejati," katanya.
Setelah muslim, beliau dikenali sebagai Ahmad Dzulkifli Mandey yang mengalami ujian hidup yang cukup berat selepas memeluk Islam sehingga mendapat ancaman bunuh dan sebagainya.
"Namun alhamdulillah, berkat kegigihan saya, akhirnya saya diterima bekerja di sebuah perusahaan swasta. Setelah itu, beberapa kali saya bertukar profesion dengan pelbagai jawatan penting.
"Keadaan saya semakin relatif baik, dan meraih semua kebahagiaan yang selama beberapa tahun saya rindukan.
"Saya juga tidak lagi menyendiri kerana Dra. Nasikhah M, seorang wirawati dari Kowad ABRI kini menjadi pendamping setia yang saya nikahi pada tahun 1986.
"Sehingga kami dikurniakan seorang gadis kecil yang manis dan lucu, Achnasya. Sementara, Angelique, puteri daripada isteri pertama, sehingga hari ini tetap bersama saya, meskipun beliau masih penganut Protestan yang taat," katanya.
Kebahagiaan Ahmad Dzulkifli semakin bertambah lengkap tatkala mendapat peluang menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah bersama isteri tercinta pada tahun 1989.

Waspada apabila digoda wanita

ALLAH SWT telah menganugerahkan kepada kaum wanita keindahan, kecantikan dan keghairahannya yang membuatkan kaum lelaki tertarik kepada mereka.
Namun syariat yang suci tidak memperkenankan keindahannya itu dipamerkan seperti barang dagangan.
Sebaliknya kenyataan dan realiti yang kita jumpai sekarang ini wanita justeru menjadi sumber fitnah bagi lelaki. Di jalan-jalan, di program televisyen atau cakera padat video (VCD) dan media massa, wanita mendedahkan aurat sekehendak hatinya.
Apa lagi melalui pertandingan kecantikan, pertunjukan filem dan drama yang menunjukkan keindahan tubuh wanita sehingga seolah-olah tidak ada seksa dan tidak kenal apa itu dosa.
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak pernah aku tinggalkan sepeninggalanku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Begitulah realitinya, wanita menjadi sumber godaan yang telah banyak membuat lelaki lemah lutut dan terbenam dalam lumpur maksiat yang dibuat oleh syaitan untuk menenggelamkan manusia.
Usaha-usaha untuk menggoda boleh terjadi secara halus, disedari ataupun tidak, secara terang-terangan mahupun tersembunyi.
Lihatlah kisah Nabi Yusuf a.s ketika isteri pembesar Mesir secara terang-terangan menggoda beliau untuk diajak melakukan perkara yang sumbang.
Nabi Yusuf pun menolak sambil berkata: Aku berlindung kepada Allah (daripada perbuatan yang keji itu), sungguh Tuhanku telah memperlakukan ku dengan baik. (Yusuf: 23).
Muhammad bin Ishak menceritakan: As-Sirri pernah melalui di suatu jalan di kota Mesir. Kerana tahu dirinya menarik, seorang wanita berkata: "Aku akan menggoda lelaki ini".
Maka wanita itu membuka wajahnya dan memperlihatkan dirinya di hadapan As-Sirri.
Beliau lalu bertanya: "Ada apa denganmu ini?" Wanita itu berkata: "Mahukah anda merasakan tilam yang empuk dan kehidupan yang nikmat?"
As-Sirri kemudian melantunkan syairnya: "Berapa banyak pencandu kemaksiatan yang mereguk kenikmatan dari wanita itu, namun akhirnya ia mati meninggalkan mereka untuk merasakan seksa yang nyata.
"Mereka menikmati kemaksiatan yang hanya sesaat, untuk merasakan bekas-bekasnya yang tak kunjung padam. Wahai kejahatan, sesungguhnya Allah melihat dan mendengar hamba-Nya, dengan kehendak Dia pulalah kemaksiatan itu tertutup jua". (Raudatul Muhibbin wa Nuzhalul Mustaqim, karya Ibnu Qayyim).
Perhatikanlah bagaimana Rasulullah telah memperingatkan kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud: Berhati-hatilah pada dunia dan berhati-hatilah pada wanita kerana fitnah pertama bagi Bani Israel adalah kerana wanita. (riwayat Muslim).
Kini di era globalisasi, ketika arus informasi begitu deras mengalir, godaan mudah masuk ke rumah-rumah kita, melalui jaringan komunikasi seperti majalah, akhbar, televisyen, filem dan sebagainya.
Godaan itu datang di tengah-tengah kita tanpa diundang, menampilkan wanita-wanita yang berpakaian tetapi 'telanjang'. Melenggok-lenggok mempamerkan aurat yang semestinya dijaga dan dikawal.
Sebahagian muslimah ikut terbawa-bawa oleh propaganda dan gaya hidup seperti itu. Pakaian kehormatan dilepas. Diganti dengan pakaian ketat yang membentuk lekuk tubuh tanpa merasa silu dan segan.
Godaan pun semakin kencang menerpa, dan pergaulan bebas tanpa batas menjadi perkara biasa.
Maka kita perlu merenungkan dua bait syair yang diucapkan oleh Sufyan ath-Thuri: "Kelazatan-kelazatan yang didapati seseorang dari yang haram, akan hilang juga, yang tinggal hanyalah aib dan kehinaan. Segala kejahatan akan meninggalkan bekas-bekas buruk, sungguh tak ada kebaikan dalam kelazatan yang berakhir dengan seksaan dalam neraka".
Seorang ulama yang masyhur, Ibnu Qayyim memberikan nasihat yang sangat berharga: "Allah SWT telah menjadikan mata itu sebagai cerminan hati.
"Apabila seorang hamba telah mampu menjaga pandangan matanya, bererti hatinya telah mampu mengawal gejolak syahwat dan emosinya. Apabila matanya keranjang, hatinya juga akan liar menuruti syahwatnya".
Hal ini memang berlaku dalam masyarakat kita. Kini banyak berlaku kemaksiatan yang terang-terangan, perangilah kemaksiatan dengan syariat yang dituntut agama.
Fenomena godaan wanita memang banyak berlaku yang bukan sahaja terjadi di kalangan orang awam, tetapi juga yang melibatkan pemimpin dan golongan elit di seluruh dunia yang boleh menggoncangkan kedudukan mereka, yang Muslim dan bukan Muslim.
Oleh itu perkuatkan iman kita mulai dari terkecil iaitu keluarga. Kalau iman telah kuat dalam suatu keluarga, insya-Allah gejala seperti itu tidak akan terjadi.
Di samping itu, kita juga harus menyedari tentang mekanisme perdayaan syaitan yang sentiasa mencari jalan dan helah untuk menjatuhkan martabat anak cucu Adam.
Apabila syaitan telah masuk ke dalam darah daging manusia, amat sukar untuk melepaskannya. Kerana tidak ada garis pemisah antara perdayaan syaitan dengan perdayaan dan tipu daya manusia.
Ibarat kita berhadapan dengan serigala yang telah berbaju kambing atau musang yang telah berbulu ayam.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Akan keluar beberapa kaum nanti, muka mereka seperti muka manusia, akan tetapi hati mereka seperti hati syaiaslimin melalui dengan godaan wanita.
Wallahu 'alam.

Jangan biar masa berlalu

Surah al-Asr mengandungi tiga ayat. Ia tergolong dalam kategori surah Makiyyah dan diturunkan selepas surah al-Inshirah. Hubungan surah ini dengan surah al-Takathur.
Dalam surah al-Takathur disebutkan bahawa mereka suka berbangga-bangga dengan jumlah yang banyak dan dengan apa saja yang dapat melalaikan mereka daripada mentaati Allah SWT.
Dalam surah ini pula disebutkan tabiat manusia yang mendorongnya kepada kebinasaan dan menjerumuskannya ke lembah kehancuran, kecuali orang yang dilindungi oleh Allah SWT dan dihindarkan daripadanya kejahatan hawa nafsunya.
Oleh itu, keterangan ini menjadi sebab turunnya surah al-Takathur. Di samping itu, disebutkan juga orang yang mengikut hawa nafsunya dan telunjuk syaitan sehingga terjerumus ke lembah kebinasaan.
Dalam surah ini juga disebutkan orang yang menghiasi diri mereka dengan tabiat yang baik, beriman kepada Allah SWT dan beramal soleh serta saling menasihati antara saudara-saudaranya agar berpegang teguh dengan tali kebenaran dan sabar menghadapi perkara-perkara yang tidak diinginkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (al-Asr: 1-2)
Firman Allah SWT: Demi masa.
Al-Maraghi berkata: Allah SWT bersumpah dengan masa kerana di dalamnya terdapat banyak peristiwa dan pelajaran yang dijadikan sebagai petunjuk tentang kekuasaan, ketinggian hikmah dan keluasan ilmu-Nya.
Perhatikan kepada siang dan malam yang silih berganti yang kedua-duanya merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan...
Perhatikan juga kesenangan, kesengsaraan, sihat, sakit, kaya, miskin, segar, letih, susah, gembira dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai petunjuk bagi orang yang berfikiran waras bahawa alam ini mempunyai pencipta dan pentadbir.
Dia adalah Allah SWT yang sepatutnya dijadikan tumpuan ibadah dan tempat memohon untuk menghilangkan penderitaan dan mendatangkan kebaikan. Akan tetapi orang kafir selalu menghubungkan peristiwa buruk kepada masa.
Mereka berkata: "Ini salah satu antara malapetaka yang disebabkan oleh masa. Ini adalah bala musibah. Lalu Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka bahawa masa itu termasuk antara makhluk-makhluk-Nya yang di dalamnya (masa) berlaku pelbagai peristiwa baik atau buruk."
Oleh sebab itu, jika seorang ditimpa musibah maka perkara itu hasil daripada perbuatan tangannya sendiri, bukan disebabkan oleh masa.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian...
Al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya makhluk ini benar-benar mengalami penderitaan seperti kerugian dalam amal perbuatannya kecuali orang yang dikecualikan oleh Allah SWT."
Justeru, amal perbuatan manusia itu yang menjadi punca kesengsaraannya, bukannya masa dan tempat. Amalan itulah yang menjerumuskannya ke lembah kebinasaan sehingga dosa seseorang terhadap Tuhannya yang mengurniakan pelbagai nikmat kepadanya dianggap dosa pelanggaran yang tidak ada tandingannya.

Tanda-tanda kematian dalam husnul khatimah

KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu me�nyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.
Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat. 
Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesung�guhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesung�guhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)
Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudara�nya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenis�nya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kala�ngan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.

Jumaat, 8 April 2011

Elak riak dalam ibadat

SEGALA amalan yang kita lakukan termasuk solat, membaca al-Quran, berzakat, menolong orang susah dan belajar perlu diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat kita bercampur dengan perasaan riak, mahu dipuji, kerana pangkat, mengharapkan habuan tertentu bermakna kita sudah tersasar daripada reda dalam mentaati Allah. 
Kita berniaga tetapi sering lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat, mengeluarkan zakat jadi semua itu perkara sia-sia. Ia tidak tidak dikira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah.

Perasaan riak juga boleh menjadikan amalan kita menjadi sia-sia. Malah, perkara itu seperti menipu diri sendiri, dan mengotorkan jiwa.

Allah sangat murka pada mereka yang hidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu dan mengambil kesempatan hakikatnya tidak dapat bertahan lama, lambat-laun tembelangnya pecah juga
Rasulullah menyatakan, riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud:
 “Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab Baginda, ia adalah riak.”

Pengertian riak adalah beramal kerana manusia dan bukannya kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain.

Baginda bersabda maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.”
 Makna ikhlas merujuk kepada sesuatu perbuatan dan tanggungjawab dengan kesengajaan hanya kerana Allah, tidak bermuka-muka dan tidak mengharapkan pujian manusia.
 Dalam budaya kerja, ikhlas adalah melakukan tugas kerana menunaikan tanggungjawab tanpa mengampu atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
 Sering kali makna kerana Allah kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sentiasa bersama.

Bagaimanakah perasaan seorang pekerja apabila kerjanya diperhatikan majikannya? Sudah tentu dia buat dengan sungguh-sungguh iaitu penuh dengan kualiti.
 Orang Islam sepatutnya lebih cemerlang daripada bukan Muslim kerana mereka terikat dengan peraturan pejabat dan tuntutan budaya kerja cemerlang yang disarankan Islam.
 Berikut adalah petanda yang menjadi ukuran sebenar keikhlasan supaya dapat menjauhkan diri daripada bersifat riak antaranya:

l Tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.



  • Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri.


  • Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak.


  • Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar dihargai jasanya. Dalam konteks ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama, memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang patut dipuji. Rasulullah walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali.


  • Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah Khalid al-Walid.


  • Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan dan kepakaran tanpa diganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.


  • Sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.

    Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dalam melakukan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atau putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.
  • Terdapat ralat dalam alat ini