Sabtu, 19 Jun 2010

FITNAH DAN ADU DOMBA

Nabi SAW bersabda bahawa membicarakan aib orang lain (ghibah) lebih hebat dosanya,daripada perbuatan zina,"Mereka (para sahabat) berkata,Mengapa dapat demikian,ya Rasullah?"Baginda SAW bersabda,Orang lelaki yang berzina lalu dia bertaubat,maka Allah akan mengampuninya.Adapun orang yang berghibah ( membicarakan aib orang lain ) tidak akan diampuni kecuali si korban penghibahan memaafkannya lebih dahulu.

Telah diriwayatkan bahawa Allah Taala telah memberika wahyu kepada Nabi Musa ,:

"Barang siapa meninggal dunia,sedangkan dia sudah bertaubat dari perbuatan ghibah,maka dia itulah orang yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan dia terus-menerus berbuat ghibah,maka itulah dia orng yang paling awal masuk neraka."

Baginda Nabi SAW ditanya mengenai ghibah,maka baginda berkata,"Engkau memperkatakan saudaramu dengan sesuatu yang dia membencinya,apabila yang engkau bicarakan itu ada padanya,maka engkau sesungguhnya telah berbuat ghibah,dan apabila yang engkau ghibahkan
itu tidak ada pada dirinya,maka engkau sesungguhnya telah berbuat kebohongan."

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ikramah,bahawa ada seorang wanita yang menemui Nabi SAW maka ketika wanita itu keluar,Siti 'Aisyah berkata,"Dia wanita yang tinggi badannya."

Baginda SAW bersabda,"Buanglah ghibah! jangan mengibahkan,"Maka Siti 'Aisyah pun membuang sepotong daging dari mulutnya.Selanjutnya Siti 'Aisyah berkata,"Saya tidak mengatakan kecuali yang ada pada dirinya."Maka baginda SAW bersabda,"Engkau telah menyebutkan apa yang tidak disukainya.

Kerana mengghibah itu adalah menyebut apa-apa yang ada pada saudaramu.dan saudaramu tidak menyukainyaAdapun apa-apa yang tidak ada pada dirinya,maka itu bohong,dan bohong (dusta) itu lebih besar dosanya daripada ghibah.


BANYAK PERKARA KITA SEDAR TAK SEDAR,
KITA TELAH PUN MENGGHIBAH SAUDARA KITA.

Ahad, 13 Jun 2010

KISAH JENAKA DIDALAM KERETA API




Salem dan Chot budak kampung.Suatu hari mereka menaiki kereta api untuk menyertai rombongan sekolah ke kuala lumpur.Seronok sungguh Salem dan Chot sebad itulah pertama

kali dalam hidup mereka dapat naik kereta api.

Sewaktu kereta api berhenti di sebuah stesen,Salem dan Chot turun untuk membeli air

air dan makanan ringan.Tiba-tiba mereka ternampak seorang nyonya menjual buah strawberi

'Jom kite beli.Kat kampung kita mana ada strawberi,"kata chot.

Mereka pun berkongsi duit dan membeli 10 biji strawberi.Setengah jam kemudian kereta api

bergerak semula menuju ke kuala lumpur.Tetapi sebaik Chot mengigit buah strawberi itu,

kereta api memasuki terowong yang panjang.Gelap-gelita.Chot terus menjerit.


CHOT : Salem'Salem' kau dah makan ke starawberi tu?


SALEM : Belum lagi......nape?


CHOT : Eloklah....jangan makan.Baru aja aku gigit strawberi,terus mata aku jadik buta


APA GUNA ILMU SETINGGI GUNUNG,
KALAU RAHSIA DIRI MASIH LAGI TERPASUNG,
APA GUNA ILMU SELUAS LAUTAN,
KALAU RAHSIA HATI MASIH TERKAPAI-KAPAI KELEMASAN.
walaupun salem dan chot budak kampung,segala urusan yang dilakukan dengan penuh ihklas dan jujur,walaupun ilmunya x setinggi mana,renung renung kan

IBLIS BERDIRI DI SEBELAH KANAN KU

Abu Zakaria adalah seorang ulama zuhud.Suatu ketika,beliau telah ditimpa penyakit yang amat teruk.Semasa berada dalam keadaan nazak,Abu Zakaria didatangi para sahabat-sahabatnya.Mereka mengajar Abu Zakaria mengucap dua kalimah syahadah.

Ketika kali pertama dibisikkan kalimah syahadah,Abu Zakaria memalingkan muka daripada sahabat-sahabatnya.Sedikit pun beliau tidak mengucapkan dan mengendahkan apa yang diajarkan tadi.Kejadian ini amat mengejutkan sahabat-sahabatnya.mereka hairan kerana Abu Zakaria seorang yang sangat alim dan tekun melakukan ibadah.Mustahil orang zuhud dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada ALLAH enggan mengucapkan kalimah suci itu.Nafas Abu Zakaria semakin sesak.Mata ulama itu terpejam,keadaanya begitu nazak sekali.Melihat keadaannya yang berada diambang sukaratulmaut,para sahabat mengajar Abu Zakaria mengucap kali kedua.Sekali lagi Abu Zakaria mendiamkan diri dan memalingkan wajahnya,enggan mendengar kalimah ALLAH.Keadaan Abu Zakaria benar-benar menimbulkan rasa hairan dihati sahabat-sahabatnya.Apa yang sedang berlaku pada Abu Zakaria ketika nyawanya berada di penghujung ini?Adakah dia enggan mengakui keesaan ALLAH dan kerasulan MUHAMMAD s.a.w?

Para sahabat berasa cukup sedih tetapi mereka tetap tidak berputus asa.Sekali lagi mereka mengajar Abu Zakaria mengucap dua kalimah syahadah.Kali ini beliau bukan sekadar menunjukkan rasa benci,malah tiba-tiba berkata,"Aku tidak akan mengucapkan itu"para sahabat menjadi semakin terkejut dan tergaman apabila beliau berkata begitu,
Masa berlalu,dengan izin ALLAH,keadaan Abu Zakaria pulih sediakala setelah bertarung dengan maut selama 1 jam.Nafasnya kembali teratur.Apabila dirinya tenang kembali,perlahan-lahan Abu Zakaria membuka mata dan bertanya kepada sahabat-sahabatnya."Adakah kalian telah berkata sesuatu kepadaku?"Ya,kami telah mengajar kamu mengucap kalimah syahadah sebanyak tiga kali,tetapi kamu memalingkan mukamu sebanyak dua kali,dan untuk kali ketiga,kamu mengatakan kamu tidak akan mengucapkannya"jawap salah seorang sahabat.Kenapa kamu berkata sedemikian wahai Abu Zakaria?

Abu Zakaria termenung seketika apabila mendegarnya.Kemudian beliau memberitahu kepada sahabat beliau."Sebenarnya ketika aku nazak sebentar tadi,iblis telah datang kepadaku dengan membawa semangkuk air."iblis berdiri di sebelah kananku sambil mengujukkan mangkuk air itu dan berkata,'Apakah engkau memerlukan air?jika engkau mahukan air ini,katakanlah bahawa isa itu anak ALLAH,"Lalu aku memalingkan mukaku dan iblis sekali lagi mengulangi permintaannya.Sekali lagi aku memalingkan mukaku.Untuk kali ketiga ,iblis berkata,'Katakanlah ,tidak ada tuhan.Maka aku menjawap dengan ucapan 'TIDAK' Aku tidak akan mengucapkan itu'Setelah itu,iblis membalingkan mangkuk air itu ke lantai lalu berlari meninggalkan aku.Sebenarnya aku menolak kepada iblis bukan kepada kalian semua,Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAHdan NABI MUHAMMAD itu pesuruh-Nya"