Ahad, 25 Julai 2010

PELACUR JELITA CABAR AHLI IBADAH

    AL-HASAN meriwayat kan,bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat jelita.Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.


    Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah  yang melihat wajah pelacur yang cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya.Kerana lelaki ibadah itu mengetahui,bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu,beliau harus memberi nya wang sebanyak seratus dinar,maka lelaki ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.


    Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan,dia pun pergi menemui pelacur yang cantik itu serta berkata kepadanya.'Kecantikanmu telah membuatku aku benar-benar tergoda,oleh kerana itu,aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana engkau kehendaki itu;


    Wanita pelacur itu berkata; "Silakan masuk ke rumahku;


    Dengan tidak berfikir panjang,ahli ibadah itu langsung masuk kerumahnya.Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas.Pelacur itu lalu duduk di tempat tidurnya dan berkata;"Marilah segera mendekatiku;
Ketika lelaki ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya,pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada ALLAH sehingga menggigil seluruh tubuhnya.Kepada wanita pelacur itu ahli ibadah itu berkata;"Biarlah aku pergi saja meninggalkanmu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu.


    Wanita pelacur itu kembali bertanya,"Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu,bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan apa yang kamu inginikan itu,akan tetapi mengapa kamu meniggalkan aku?"Lelaki ibadah itu berkata,"Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH SWT dan juga atas kedudukanku selama di sisi-Nya.Berkemungkinan kerana aku akan pergi meniggalkan kamu,kamu merasa benci benci kepadaku,ketahuilah olehmu,sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana ALLAH

    Wanita pelacur itu berkata,"Jika yang kamu katakan itu benar,aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.Lelaki ibadah itu berkata,"Biarlah aku keluar,"Wanita pelacur itu menjawap,"Tidak,kecuali bila kamu menjadi suamiku,
Tidak,biarlah aku keluar dari rumahmu ini,"kata lelaki ibadah itu."Wanita itu kembali bertanya,"Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu,supaya menikahi aku,?


    Lelaki itu menjawap,"Untuk menjadi isteriku boleh saja,akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini,kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibada,"Selepas berkata demikian,lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut.Begitu juga dengan pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertuabat kepada ALLAH dan menyesalli segala perbuatan yang telah dilakukanya.Wanita pelacur itu terus berjalan,hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ibadah tersebut.


    Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata,"Sesungguhnya permaisurimu telah datang menemuimu,"Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu,ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu.Pada waktu itu juga lelaki ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.Melihat keadaan demikian,kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya,"Apakah lelaki idamanku yang telah meniggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara,?


   Orang yang hadir pada waktu itu menjawap,"Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki,akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan,"
   Jika demikian,aku akan menikah denganya sebagai ganti dari lelaki yang ku cintai ini,"kata wanita itu.Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ibadah itu dan hasil pernikahan tersebut,ALLAH SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudianya ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Sabtu, 19 Jun 2010

FITNAH DAN ADU DOMBA

Nabi SAW bersabda bahawa membicarakan aib orang lain (ghibah) lebih hebat dosanya,daripada perbuatan zina,"Mereka (para sahabat) berkata,Mengapa dapat demikian,ya Rasullah?"Baginda SAW bersabda,Orang lelaki yang berzina lalu dia bertaubat,maka Allah akan mengampuninya.Adapun orang yang berghibah ( membicarakan aib orang lain ) tidak akan diampuni kecuali si korban penghibahan memaafkannya lebih dahulu.

Telah diriwayatkan bahawa Allah Taala telah memberika wahyu kepada Nabi Musa ,:

"Barang siapa meninggal dunia,sedangkan dia sudah bertaubat dari perbuatan ghibah,maka dia itulah orang yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedangkan dia terus-menerus berbuat ghibah,maka itulah dia orng yang paling awal masuk neraka."

Baginda Nabi SAW ditanya mengenai ghibah,maka baginda berkata,"Engkau memperkatakan saudaramu dengan sesuatu yang dia membencinya,apabila yang engkau bicarakan itu ada padanya,maka engkau sesungguhnya telah berbuat ghibah,dan apabila yang engkau ghibahkan
itu tidak ada pada dirinya,maka engkau sesungguhnya telah berbuat kebohongan."

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ikramah,bahawa ada seorang wanita yang menemui Nabi SAW maka ketika wanita itu keluar,Siti 'Aisyah berkata,"Dia wanita yang tinggi badannya."

Baginda SAW bersabda,"Buanglah ghibah! jangan mengibahkan,"Maka Siti 'Aisyah pun membuang sepotong daging dari mulutnya.Selanjutnya Siti 'Aisyah berkata,"Saya tidak mengatakan kecuali yang ada pada dirinya."Maka baginda SAW bersabda,"Engkau telah menyebutkan apa yang tidak disukainya.

Kerana mengghibah itu adalah menyebut apa-apa yang ada pada saudaramu.dan saudaramu tidak menyukainyaAdapun apa-apa yang tidak ada pada dirinya,maka itu bohong,dan bohong (dusta) itu lebih besar dosanya daripada ghibah.


BANYAK PERKARA KITA SEDAR TAK SEDAR,
KITA TELAH PUN MENGGHIBAH SAUDARA KITA.

Ahad, 13 Jun 2010

KISAH JENAKA DIDALAM KERETA API




Salem dan Chot budak kampung.Suatu hari mereka menaiki kereta api untuk menyertai rombongan sekolah ke kuala lumpur.Seronok sungguh Salem dan Chot sebad itulah pertama

kali dalam hidup mereka dapat naik kereta api.

Sewaktu kereta api berhenti di sebuah stesen,Salem dan Chot turun untuk membeli air

air dan makanan ringan.Tiba-tiba mereka ternampak seorang nyonya menjual buah strawberi

'Jom kite beli.Kat kampung kita mana ada strawberi,"kata chot.

Mereka pun berkongsi duit dan membeli 10 biji strawberi.Setengah jam kemudian kereta api

bergerak semula menuju ke kuala lumpur.Tetapi sebaik Chot mengigit buah strawberi itu,

kereta api memasuki terowong yang panjang.Gelap-gelita.Chot terus menjerit.


CHOT : Salem'Salem' kau dah makan ke starawberi tu?


SALEM : Belum lagi......nape?


CHOT : Eloklah....jangan makan.Baru aja aku gigit strawberi,terus mata aku jadik buta


APA GUNA ILMU SETINGGI GUNUNG,
KALAU RAHSIA DIRI MASIH LAGI TERPASUNG,
APA GUNA ILMU SELUAS LAUTAN,
KALAU RAHSIA HATI MASIH TERKAPAI-KAPAI KELEMASAN.
walaupun salem dan chot budak kampung,segala urusan yang dilakukan dengan penuh ihklas dan jujur,walaupun ilmunya x setinggi mana,renung renung kan

IBLIS BERDIRI DI SEBELAH KANAN KU

Abu Zakaria adalah seorang ulama zuhud.Suatu ketika,beliau telah ditimpa penyakit yang amat teruk.Semasa berada dalam keadaan nazak,Abu Zakaria didatangi para sahabat-sahabatnya.Mereka mengajar Abu Zakaria mengucap dua kalimah syahadah.

Ketika kali pertama dibisikkan kalimah syahadah,Abu Zakaria memalingkan muka daripada sahabat-sahabatnya.Sedikit pun beliau tidak mengucapkan dan mengendahkan apa yang diajarkan tadi.Kejadian ini amat mengejutkan sahabat-sahabatnya.mereka hairan kerana Abu Zakaria seorang yang sangat alim dan tekun melakukan ibadah.Mustahil orang zuhud dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada ALLAH enggan mengucapkan kalimah suci itu.Nafas Abu Zakaria semakin sesak.Mata ulama itu terpejam,keadaanya begitu nazak sekali.Melihat keadaannya yang berada diambang sukaratulmaut,para sahabat mengajar Abu Zakaria mengucap kali kedua.Sekali lagi Abu Zakaria mendiamkan diri dan memalingkan wajahnya,enggan mendengar kalimah ALLAH.Keadaan Abu Zakaria benar-benar menimbulkan rasa hairan dihati sahabat-sahabatnya.Apa yang sedang berlaku pada Abu Zakaria ketika nyawanya berada di penghujung ini?Adakah dia enggan mengakui keesaan ALLAH dan kerasulan MUHAMMAD s.a.w?

Para sahabat berasa cukup sedih tetapi mereka tetap tidak berputus asa.Sekali lagi mereka mengajar Abu Zakaria mengucap dua kalimah syahadah.Kali ini beliau bukan sekadar menunjukkan rasa benci,malah tiba-tiba berkata,"Aku tidak akan mengucapkan itu"para sahabat menjadi semakin terkejut dan tergaman apabila beliau berkata begitu,
Masa berlalu,dengan izin ALLAH,keadaan Abu Zakaria pulih sediakala setelah bertarung dengan maut selama 1 jam.Nafasnya kembali teratur.Apabila dirinya tenang kembali,perlahan-lahan Abu Zakaria membuka mata dan bertanya kepada sahabat-sahabatnya."Adakah kalian telah berkata sesuatu kepadaku?"Ya,kami telah mengajar kamu mengucap kalimah syahadah sebanyak tiga kali,tetapi kamu memalingkan mukamu sebanyak dua kali,dan untuk kali ketiga,kamu mengatakan kamu tidak akan mengucapkannya"jawap salah seorang sahabat.Kenapa kamu berkata sedemikian wahai Abu Zakaria?

Abu Zakaria termenung seketika apabila mendegarnya.Kemudian beliau memberitahu kepada sahabat beliau."Sebenarnya ketika aku nazak sebentar tadi,iblis telah datang kepadaku dengan membawa semangkuk air."iblis berdiri di sebelah kananku sambil mengujukkan mangkuk air itu dan berkata,'Apakah engkau memerlukan air?jika engkau mahukan air ini,katakanlah bahawa isa itu anak ALLAH,"Lalu aku memalingkan mukaku dan iblis sekali lagi mengulangi permintaannya.Sekali lagi aku memalingkan mukaku.Untuk kali ketiga ,iblis berkata,'Katakanlah ,tidak ada tuhan.Maka aku menjawap dengan ucapan 'TIDAK' Aku tidak akan mengucapkan itu'Setelah itu,iblis membalingkan mangkuk air itu ke lantai lalu berlari meninggalkan aku.Sebenarnya aku menolak kepada iblis bukan kepada kalian semua,Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAHdan NABI MUHAMMAD itu pesuruh-Nya"

Rabu, 12 Mei 2010

PERTEMPURAN
















Kisah pertempuran Tentera MALAYSIA yang telah brgabung dengan askar INGERIS untuk menentang komunis di hutan belantara di kawasan muar johor.Pertempuran baru selesai hampir 1 jam.masing2 sibuk melihat kwsan sekeliling,ada yg berehat,menyediakan bekalan,mmberi bantuan pada rakan yang tercedera.
ketika koperal yus meronda kawasan pertempuran,dia terdengar suara yang sayup-sayup kedengaran,

askar inggris. help me.help me,help me.sayup kedengaran,beliau trkena tembakan di kaki dan dada.

koperal yus.ye tuan,ye tuan,

askar inggris. help me,help me.sayup kedengaran,

koperal yus. baik tuan,koperal yus trus berlari kearah rakan2 beliau yg tgh sibuk bekerj,

koperal yus. de sape-sape nmpak koperal helmy.
rakan-rakan yg lain menjerit,.koperal helmy gi mintak bantuan. x de kt cni ,
koperal yus brpatah lik,

koperal yus. tuan....koperal helmy xde,

askar inggris. help me,help me.semakin lemah suare beliau.help me.help me,help me,

koperal yus. ok tuan,koperal helmy kembali saye bg tau ,dengan perasaan x brsalah trus brlalu meninggalkan askar inggris menahan kesakitan

Ahad, 9 Mei 2010

LAYARKU KERTAS


KAPAL LAYAR KU LAYARNYE KERTAS,
WALAUPUN KERTAS LAUTAN DALAM TETAP KU HARUNGI,
KUPOHON PADA ILAHI AGAR LAUTAN DAPAT KU RENTAS,
DENGAN IZIN ALLAH KU SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI,

Sabtu, 8 Mei 2010

ALKISAH GADIS RUPAWAN














RENUNG RENUNG KAN



ALKISAH SEORANG GADIS D SEBUAH NEGARA ARAB.KEJELITAANNYE TIADA TOLOK BANDINGAN



Gadis trsebut brjln2 d sebuah pekan.niatnye hanye 1,ingin mencari pemuda yg kacak dan brharta.ketika brjln beliau trlihat seorng pemuda yg sungguh tampan yg mempunyai ciri2 yg di cari2.adakah beliau akan menjumpai lelaki idaman hati?

GADIS : wahai pemuda yg tampan.aku trgoda dgn ketampanan mu.dri gaya mu tentu kamu seorang yg brharta..

PEMUDA 1 : wahai gadis yg jelita,rupamu cantik bak rambulan,tiada tandigan sepanjang zaman, untuk makluman mu aku bukanlah seorang yg brharta,baju mahal yg ku pakai ,adalah sedekah dri seorang yg dermawan.
GADIS : ia brlalu dgn perasaan yang hampa.ketika asyik brjln beliau trpandang seorang pemuda yg kacak. lalu di sapanyee,wahai pemuda.aku trpegun dgn ketampanan mu.adakah dikau brharta,jika ye,sudikah dikau menjadi teman hidup ku,tentu kau sudah tau tentang kejelitaan ku di daerah ini.

PEMUDA 2: wahai gadis yg rupawan.

rupamu cantik bak rambulan,

sekali pandang dah tertawan,

membuat hatiku x trtahan ,

GADIS : trsenyum kerna di puji
PEMUDA 2: aku memang brharta .harta ku byk x trbilang,semakin hari semakin tahun semakin brtimbun,dan pasti aku seorang yg brharta sehingga hayatku.adakah dikau dapat kekalkan kecantikan diri mu buat selamanye?

GADIS: beliau diam seribu bahasa,

kerna malu x trkira,

rupa yg cantik berubah muka,

akhirny pergi begitu saja,






JADIKAN IA SEBAGAI PENDOMAN,

AGAR HIDUP TERUS DI RAHMATI,

KUKUHKAN DAN KUATKAN IMAN,

AGAR ANDA SENTIASA DI KASIHI. AMIN