Rabu, 17 November 2010

USIA SITI AISHAH SEMASA KAHWIN

  DISAMPAIKAN kepada kami (al-Bukhari) oleh Ubaid ibn Ismail yang mendengar daripada Abu Usamah daripada Hisyam daripada ayahnya (yang bernama Urwah) yang berkata: Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan baginda kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi) pada umur enam tahun dan tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun.
Hadis di atas adalah satu-satunya hadis yang dianggap paling kuat mengenai umur sebenar Siti Aishah ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w, iaitu enam tahun.

Namun hadis inilah yang kesahihannya dipertikaikan walaupun ia dianggap muktabar kerana merupakan salah satu hadis yang terkandung dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari.
Sebabnya, kita maklum bahawa setiap hadis yang dikumpulkan oleh Bukhari di anggap rujukan yang paling utama dalam Islam selepas al-Quran.
Terutama yang melibatkan soal halal dan haram serta perintah larangan dan suruhan maka segala aspek mengenai sanad dan perawi-perawi hadis akan diperiksa dengan ketat.
Bagaimanapun, apabila melibatkan riwayat mengenai kisah hidup Siti Aishah terutama umurnya waktu bernikah dengan Nabi Muhammad dikatakan hadis oleh Bukhari ini boleh disemak kembali kesahihannya.
Ini kerana ia tidak melibatkan soal hukum, halal atau haram maka dianggap kurang penting untuk dipastikan soal ketepatan perawi hadis mengenai Siti Aishah ini.
Lalu ini dijadikan alasan oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan fakta yang sebenar di sebalik 'nikah 6' dan 'kumpul 9 tahun' - perkahwinan Ummul Mukminin dengan Rasulullah ini.
Kalau dikatakan Siti Aishah berkahwin dengan Rasulullah pada umur enam tahun dan baginda sendiri berumur 51 tahun ketika itu, maka ini bermakna isteri baginda itu dilahirkan ketika Rasulullah berusia 45 tahun. Iaitu lima tahun selepas baginda diangkat sebagai Rasul, pada usia 40 tahun.
Sedangkan dikatakan ketika baginda diangkat sebagai Rasul itu pernah disaksikan sendiri oleh Siti Aishah.
Sebabnya, beliau adalah antara yang golongan yang paling awal memeluk Islam, iaitu menduduki tempat ke-18 sebagaimana yang dicatat oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sejarahnyaSirah An Nabawiyyah.
Dengan lain perkataan Siti Aishah memeluk Islam ketika usia masih kecil lagi (bukannya bernikah ketika usia yang sangat muda).
Urutan nama-nama sahabat Rasulullah yang awal memeluk Islam (As-Sabiqun al-Awwalun) menurut Ibnu Ishaq;

1) Ali ibn Abi Talib,
2) Abu Bakar As Siddiq,
3) Zaid ibn Haritsah,
4) Uthman bin Affan,
5) Zubair ibn Al Awwam,
6) Abdul Rahman ibn Auf,
7) Saad ibn Abi Waqas,
8) Thalhah ibn Ubaidillah,
9) Abu Ubaidah Al Jarrah,
10) Arqam ibn Al Arqam,
11) Utsman ibn Mazh'un,
12) Quddamah ibn Mazh'un,
13) Abdullah ibn Mazh'un,
14) Ubaidah ibn Harits ibn Muththalib,
15) Said ibn Zaid,
16) Fathimah binti Umar ibn Al Khattab,
17) Asma binti Abu Bakar,
18) Siti Aishah binti Abu Bakar.

Jadi tidak mungkin semasa Rasulullah diangkat menjadi nabi akhir zaman, Siti Aishah belum lahir.
Malah dikatakan Siti Aishah memeluk Islam ketika berusia tujuh tahun, satu angka yang dikatakan sesuai bagi seorang kanak-kanak memahami soal agama dan memilih agama yang dianggapnya benar dan boleh diikut.
Justeru apabila Aishah memeluk Islam berusia tujuh tahun ketika Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan menikah dengan baginda ketika baginda berusia 51 tahun ini bererti mereka bernikah ketika Siti Aishah berusia 18 tahun (51-40>11)+7 > 18 tahun.
Ini bermakna mereka tinggal hidup bersama sebagai suami isteri ketika Siti Aishah berusia 21 tahun ketika Rasulullah sendiri berusia 54 tahun.

Jumaat, 12 November 2010

TETAMU MALAM

SEORANG sahabat datang menemui Rasulullah SAW mengadu kelaparan dan kesusahan yang dialaminya. Keadaan sahabat itu sangat daif dan miskin dengan pakaian yang compang-camping, rambut kusut-masai dan badannya kurus serta cengkung. Melihat keadaan sahabat itu, baginda menjadi sedih dan simpati.
Sebagai tetamu baginda menerimanya dengan seikhlas hati. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai apa-apa makanan dalam rumahnya untuk dirinya ataupun untuk diberikan kepada sahabat tersebut.
Baginda pun memanggil sahabat-sahabatnya lalu bertanya: "Adakah sesiapa yang sanggup melayani sahabat ini sebagai tetamu bagi pihakku pada malam ini?"
Mendengar pertanyaan baginda itu, seorang Ansar telah menyahut: "Ya Rasulullah saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Lantas tetamu itu pun dibawa pulang ke rumahnya dan beliau memberitahu isterinya bahawa orang itu adalah tetamu Rasulullah.
Oleh itu, mereka dikehendaki melayan dengan sebaik-baik layanan sekadar yang mampu. Mereka juga hendaklah menjamu orang itu dengan apa jua makanan yang ada.
Isteri orang Ansar itu memberitahu suaminya bahawa di rumah mereka tidak ada apa-apa makanan kecuali sedikit makanan untuk anak-anaknya sahaja.
Sambil berfikir, orang Ansar itu menyuruh isterinya bermain-main dengan anak-anaknya sehingga mereka tertidur. Jadi makanan yang ada itu dapatlah diberikan kepada tetamu tadi.
Orang Ansar itu juga berpesan kepada isterinya agar semasa tetamu itu sedang makan, dia hendaklah memadamkan pelita dan berpura-pura memperbaikinya. Isterinya hanya menurut kata suaminya itu dengan patuh dan taat.
Rancangan orang Ansar itu berjalan lancar. Dia pun menjemput tetamu itu untuk makan sambil duduk bersama-sama dengan tetamu tadi.
Apabila isterinya memadamkan pelita, si suami tadi berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan. Tetapi sebenarnya dia langsung tidak mengambil makanan. Dia hanya berpura-pura di hadapan tetamu tadi.
Dalam keadaan yang gelap, tetamu tadi menyangkakan orang Ansar itu sedang makan bersamanya. Dia tidak tahu bahawa makanan itu hanyalah cukup untuk dirinya sahaja.
Keesokan harinya, pergilah orang Ansar ini menemui Rasulullah. Dia disambut baik oleh Rasulullah dan berkatalah baginda: "Wahai orang Ansar! Allah sangat menghargai layananmu semalam terhadap tetamu."
Sikap orang Ansar itu sangat menyenangkan hati Rasulullah. Baginda turut menasihati para sahabat dan seluruh kaum Muslimin supaya mencontohi sifat yang ada pada pemuda Ansar itu. Perbuatan menghormati tetamu sangat baik dan harus dipuji serta dicontohi.

SITI AISHAH PERAWI HADIS

SEBELUM lebih jauh kita pergi merentasi sejarah perkembangan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah di Madinah dan ancaman-ancaman luar dan dalam yang begitu menguji kepimpinan baginda, ada baiknya kita mengenali satu lagi nama yang cukup besar tidak sahaja dalam hidup baginda, malah dalam Islam keseluruhannya.
Beliau ialah Saidatina Siti Aishah Abu Bakar, yang kisahnya begitu banyak terukir dalam catatan sejarah.
Kepada seluruh wanita Islam, Siti Aishah adalah seorang lagi Ummul Mukminin (Ibu kepada orang yang beriman) yang perlu diteladani, terutama dalam soal kepintaran, bijaksana dan proaktif.
Pada usia 25 tahun, Nabi Muhammad menikahi Saidatina Siti Khadijah yang ketika itu adalah seorang janda berusia 40 tahun. Walaupun berstatus janda, Siti Khadijah seorang wanita bangsawan dan sangat disegani dan dihormati oleh para penduduk Mekah.
Beliau mempunyai pengaruh besar kerana kehebatan yang tiada tandingan dalam soal perniagaan dan sifat-sifat mulianya terhadap masyarakat sekeliling.
Selama pernikahan dengan Siti Khadijah ini, Rasulullah tidak pernah menikahi perempuan lain. Siti Khadijahlah satu-satunya permaisuri yang menjadi tambatan hati, sumber kekuatan dan yang melahirkan putera-puteri buat Rasulullah.

Pada umur 40 tahun, nabi SAW pun menerima wahyu. Dengan demikian baginda telah diangkat oleh Allah SWT sebagai nabi terakhir di muka bumi ini.
Namun tiga tahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah, iaitu ketika berusia 50 tahun, baginda ditimpa duka apabila isteri, Siti Khadijah yang sangat mulia itu, meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Selepas hidup keseorangan hampir setahun, dua tahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah, iaitu pada usia 51 tahun baginda pun bernikah dengan Siti Aishah, satu-satunya anak dara berbanding isteri-isteri baginda yang lain.
Setahun selepas berhijrah ke Madinah, baginda pun hidup serumah dengan Aishah sebagai suami isteri dan ketika itu baginda dikatakan berusia 54 tahun.
Sedikit catatan asal usul mengenai Siti Aishah. Beliau seperti yang diketahui umum adalah puteri kepada sahabat baik baginda Rasulullah, Abu Bakar dan isterinya Ummu Rumman yang dinikahi sebelum memeluk Islam lagi.
Selain Siti Aishah, seorang lagi anak Abu Bakar ialah Abdul Rahman.
Namun dikatakan Ummu Rumman ini adalah isteri kedua Abu Bakar kerana isteri pertama beliau bernama Qutailah binti Abdul Uzza yang melahirkan dua orang anak iaitu Abdullah dan Asma'.

Perkahwinan Siti Aishah dengan Rasulullah tidak dikurniakan sebarang anak berbanding kakak tiri di sebelah ibu, iaitu Asma' mempunyai beberapa anak yang antaranya bernama Urwah.
Urwah pula mempunyai seorang putera bernama Hisyam yang dikatakan yang paling banyak meriwayatkan tentang Siti Aishah.
Menurut Hisyam lagi, Rasulullah suka memanggil Siti Aishah dengan panggilan yang kemerah-merahan (sesetengah berkata "Si Pipi Merah) atau dalam bahasa Arabnya Al Humaira seperti yang selalu baginda berkata: Kallimni ya Humaira! (Berbicaralah dengan aku, wahai Humaira!)
Agaknya yang dimaksudkan dengan merah di sini, kerana warna kulit Siti Aishah yang agak putih kemerah-merahan, iaitu dikatakan jauh berbeza daripada bapanya yang dikatakan bertubuh tinggi dan besar namun berkulit sawo matang.
Siti Aishah bukan sebarang wanita biasa kerana beliau sangat cerdas dan bijak.
Dalam kedudukan perawi hadis, beliau menduduki tempat keempat, iaitu sebanyak 2,210 hadis dengan 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim (perawi yang pertama Abu Hurairah, 5, 374 hadis diikuti Ibnu Umar sebanyak 2,630 hadis dan Anas bin Malik sebanyak 2,286 hadis).

Beliau juga sangat berani dan mempunyai pengaruh besar terhadap umat Islam berikutan kedudukannya sebagai isteri Rasulullah.
Malah dikatakan isteri Rasulullah itu satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar bagi melawan golongan kafir Quraisy.
Namun kita semua maklum di sebalik kisah Siti Aishah, ada isu dan persoalan yang masih bermain-main sehingga hari ini.
Benarkah beliau berkahwin dalam usia yang masih kanak-kanak iaitu enam tahun ketika disatukan dengan Rasulullah yang ketika itu berusia 51 tahun di Madinah?
Kebanyakan hadis mengenai perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nisa'ie dan Ibn Majah yang mencatatkan bahawa Siti Aishah menikah ketika berumur enam tahun dan tinggal bersama Nabi ketika berumur sembilan tahun.
Namun, dikatakan kesemua hadis tersebut menggunakan riwayat daripada Hisham bin Urwah seperti yang disebut di awal tadi, yang dikira berpangkat cucu kepada Siti Aishah.
Kebanyakan ulama seperti Ajurri, Uqayli, Abu al-Aswad dan Imam Malik mengatakan, semua riwayat daripada Hisham dan daripada bapanya yang berkaitan Siti Aishah tidak boleh dipercayai, kerana semua riwayat tersebut berasal dari Iraq.
Yaqub ibn Abi Shaybah, Ibn Kharash dan Imam Malik, Ajurri, Uqayli dan Abu al-Aswad, semua sepakat bahawa riwayat Hisham dari Iraq tidak boleh dipercayai kerana ia tidak pernah diketahui oleh ulama-ulama Madinah.
Ini kerana sebagaimana tegas Imam Malik dan Imam al-Shafie yang mengatakan: "Setiap riwayat yang tiada sumber dari Hijaz, tiada asasnya, dan tidak boleh dipercayai."
Tehzibu'l-Tehzib, salah satu buku yang cukup terkenal yang berisi catatan para periwayat hadis, menurut Yaqub ibn Shaibah mencatat: "Hisham sangat boleh dipercayai, riwayatnya dapat diterima, kecuali apa-apa yang dia ceritakan setelah berpindah ke Iraq."
Sebagai makluman, Hisham tinggal di Madinah dan kemudiannya berpindah ke Iraq ketika berusia 71 tahun.

Di samping dikatakan bahawa Malik ibn Anas menolak riwayat Hisham yang dicatat daripada orang Iraq: "Saya pernah diberitahu bahawa Malik menolak riwayat Hisham yang dicatat dari orang-orang Iraq". (Tehzi'b u'l-tehzi'b, IbnHajar Al- 'asqala'ni, Dar Ihya al-turath al-Islami).
Sementara dalam buku Mizanu'l-ai'tidal, buku lain yang berisi huraian riwayat hidup pada periwayat hadis Nabi SAW mencatat: "Ketika masa tua, ingatan Hisham mengalami kemunduran yang teruk". (Mizanu'l-ai'tidal, Al-Zahbi, Al-Maktabatu'l-athriyyah, Sheikhupura, Pakistan, Vol. 4, p. 301)
Oleh kerana semua hadis berkaitan dengan pernikahan Aishah dikatakan berasal dari Iraq dan tidak diketahui langsung oleh ulama Madinah, maka hadis-hadis itu tidak boleh dipercayai walaupun hadis tersebut memenuhi syarat-syarat di dalam Sahhih Sittah.
Lalu ini memberikan kita kesimpulan bahawa semua hadis berkaitan perkahwinan Aishah hanya datang daripada satu sumber sahaja iaitu Hisham ibn Urwah di Iraq.
Ia tidak pernah diketahui oleh ulama Madinah di samping kebanyakan ulama hadis menolak riwayat Hisham yang berasal dari Iraq dikhuatiri diceritakan dalam usia yang sangat lanjut mahupun nyanyuk.

Sabtu, 6 November 2010

AKU,KAU BERBEZA..AKU,KAU ISTIMEWA

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

HIKMAH SOLAT

 


Hikmah sujud - 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 


AMIN. 

Surah Al-Munaafiquun : 
Ayat : 9 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 
Ayat : 11 
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 

Isnin, 1 November 2010

IZINKAN KU BERNAFAS

ANDAI DI BERI PELUANG HIDUP SERIBU TAHUN,AKU LEBIH RELA BERNAFAS SESAAT DI DALAM KEYAKINAN KEPADA ALLAH."YA ALLAH" ,AKU TIDAK INGIN SENDIRI TANPA PENUNJUK DARIMU YA ALLAH.

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEJADIAN TERCIPTA ADAM

  Pada suatu ketika,ALLAH menitahkan jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.Tetapi bumi enggan membernakan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam,kerana bumi bimbang adam berbuat maksiat kepada ALLAH.Lalu jibrail kembali menemui allah,ia tidak dapat berbuat apa-apa,mendengar sumpah bumi,kemudian ALLAH memeritah malaikat mikail,jawapan bumi tetap sama dan ALLAH menitah pula malaikat israfil,tetap bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan penuh hampa.Lalu yang terakhir ,ALLAH menyuruh malaikat izrail ke bumi,"hai izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur.katakan kamu melakukan tugas atas perintah dan atas nama ku".


  Apabila izrail ke bumi dan menyampaikanperintah ALLAH,bumi akhirnya akur tanah di ambil.Setelah izrail mengambil beberapa jenis tanah,dia kembali ke hadrat allah.Lalu ALLAH berfirman ,"ya izrail,pertama engkau yang kutugaskan mengambil tanah,dan kelak ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia".Maka izrail bimbang di benci manusia.Lalu ALLAH berfirman:"Tidak,mereka tidak akan memusuhi kamu,Aku yang mengaturnya,dan aku jadikan kematian mereka bersebad,terbunuh,terbakar atau sakit.


                        TANAH BAGAIMANA DIJADIKAN ADAM
1. Kepala Adam dari tanah baitul muqadis,kerana di situlah otak manusia,dan di situlah   tempatnya akal
2. Telinganya dari tanah bukit thursina,kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah iraq,kerana disitu tempat bersujud kepada ALLAH.
4. Mukanya dari tanah aden,kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga AL-kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-kautsar,tempat manis.
7. Tangan kananya dari tanah kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. tangan kirinya dari tanah paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah babylon.disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangya dari tanah bukit thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah india,tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga firdaus,kerana di situlah imam,keyakinan,ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah tha'if,tempat mengucap syahadah,bersyukur dan mendoa kepada allah.


  Ketika Allah menjadikan adam,tanah itu bercampur air tawar,air masin,air hanyir,angin,api,kemudia Allah merasapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai sifat.Lalu tubuh Adam itu digemgam dengan genggaman"jabarut"kemudian diletakandi dalam "Alam Malakut".Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung,tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah,dan dirasmi dengan air hujan:Barul Uluhiyah".Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-izzah-Nya" iaitu sifat" Jalan dan jammal",Lalu diciptakan tubuh Adam yang sempurna.Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ketubuh Adam,ia malas dan enggan,malah berputar-putar mengelilingi patung Adam yang terlantar.


  Kemudian Allah menyuruh malaikat izrail untuk memaksa roh itu masuk,akhirnya ia menyerak kepada izrail.Menrut riwayat ketika Adam masih di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.Hal ini kita biasa lihat meskipun orangnya berkulit hitam,warna kukunya tetap sama,iaitu putih kemerah-merahan.Dijadikan pada tubuh manusia sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala: 2 liang mata,2 liang telinga,2 liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam dibawah: sebuah liang kemaluan dan sebuah liang dubur.


  Dijadikan pula lima pancaindera,mata alat penglihatan,hidung alat perciuman,telinga alat pendengaran,mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya,anggota tubuh lainnya,seperti kulit,telapak tangan untuk merasa halus,kasar dan sebagainya.


  Selepas Roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan pada izrail memasukan roh ke tubuh Adam.Selepas meresap ke kepala Adam,maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna.Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah keras.Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucap tasbih dengan suara merdu dan mengasyikan.Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin,serta mulutnya terbuka.Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Allhamdulillah.Itulah ucapan adam yang pertama kepada Allah.Lalu Allah berkata"Yarkhamukallah"yang ertinya "semoga engkau diberi rahmat Allah"Oleh itu di sunatkan mengucap"Alhamdulillah" dan orang yang mendengar disunat mengucap "Yarkhamukallah"


  Kemudia ketika roh sampai pada dadanya,tiba-tiba saja ia bangun,padahal bahagian badanya ke bawah masih menjadi keras.Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa(tidak sabar) .Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Dan adalah manusia itu,suka tergesa-gesa:.Mka,ketika roh itu sampai di perutnya,terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.Maka seketika itu terasa lapar.Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam,tangan,kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,urat-urat.berkulit dengan sempurna,kian lama kian bagus dan halus.Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,maka dialah adalah jenis makhluk yang pertama.Wajahnya cukup cantik,semua malaikat kagum melihat melihat Adam yang menawan.Adam di arak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam di jadikan